Prasarana anjur program khas bina modal insan

PETALING JAYA 29 Sept. – Kira-kira 300 kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini menyertai program Khas ‘[email protected]’ sebagai strategi utama dalam pembinaan modal insan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, demi memastikan tahap kesihatan yang baik masa perlu diluangkan untuk melakukan aktiviti bersenam walaupun sibuk bekerja

“Tubuh sihat akan menghasilkan minda cergas sekali gus membantu meningkatkan produktiviti selain memberi hasil kerja yang cemerlang.

“Selain itu, program ini juga turut menyebarkan maklumat terkini mengenai tips kesihatan, diet, penjagaan makanan dan sesi taklimat kesihatan yang akan diadakan sehingga akhir tahun ini, ” katanya selepas melancarkan program tersebut hari ini. – UTUSAN ONLINE.

READ ALSO  Nabila idam panjat Everest pula

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.