PPM rampas balak bernilai lebih RM500,000 | Kes

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, menyusuri hingga ke hulu Sungai Baleh, bagi mengesan kegiatan pembalakan haram di kawasan pedalaman Kapit itu.

Usaha itu berbaloi apabila sejumlah balak bernilai RM535,500 yang disyaki ditebang secara haram dikesan di Nanga Meramah, Kapit, semalam.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman, berkata dalam operasi jam 12.15 tengah hari itu, pihaknya dan beberapa agensi penguatkuasaan lain merampas 469 kayu balak pelbagai jenis dan saiz.

Katanya, untuk sampai ke lokasi penemuan balak itu, pihaknya bukan sahaja terpaksa menempuh perjalanan kira-kira lapan jam dari Kapit, malah berdepan pelbagai halangan dipercayai bagi melambatkan pergerakan mereka.

“Namun semua kesukaran itu berbaloi apabila pemeriksaan di kawasan berkenaan, pasukan operasi menjumpai sejumlah balak pelbagai saiz dan jenis seperti meranti, kapur dan jelutong yang disyaki telah ditebang secara haram.

“Semua balak balak itu didapati tidak mempunyai cop Jabatan Hutan Sarawak,” katanya pada sidang media, di sini, petang tadi.

Salehuddin berkata, semua balak yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah rampasan balak haram yang ke-29 oleh PPM Wilayah 5 bagi tempoh Januari hingga September ini dengan nilai rampasan yang direkodkan adalah kira-kira RM6.8 juta,” katanya.

READ ALSO  Pembalakan di Hutan Simpan Batu Talam dihentikan | Nasional

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.