Potret Suu Kyi di Oxford diganti

LONDON 30 Sept. – Universiti Oxford menurunkan potret pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi susulan kritikan masyarakat dunia terhadap beliau dalam menangani isu etnik Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar sejak beberapa bulan lalu.

Potret tersebut dipaparkan sebelum ini sebagai salah satu tanda kebanggaan oleh pihak universiti kepada Suu Kyi yang pernah menuntut di situ.

Kini, potret beliau yang digantung di Kolej St. Hugh digantikan dengan lukisan baharu dihadiahkan oleh artis Jepun iaitu Yoshihiro Takada.

Suu Kyi merupakan graduan dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi pada 1967 sebelum melengkapkan pengajian sarjananya setahun kemudian.

Bagaimanapun, pihak universiti enggan memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung tindakan menggantikan potret Suu Kyi itu.

“Lukisan Suu Kyi telah dipindahkan ke lokasi selamat,” ujar pihak universiti berkenaan. – AFP

READ ALSO  Banjir kilat jejas 21 keluarga


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.