Potensi raih RM1.6b | Harian Metro

Kuala Lumpur: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko (IGEM 2017) dijangka menjadi platform bagi memperkukuhkan sektor teknologi hijau negara dengan jangkaan menjana potensi pelaburan dan perniagaan sehingga RM1.6 bilion.

Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri S K Devamany berkata, acara tahunan yang dianjurkan kali ke-8 itu akan menampilkan 320 pempamer dari dalam dan luar negara merangkumi pelbagai segmen teknologi hijau.

Beliau berkata, IGEM 2017 bersifat dinamik dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terbaik dunia dalam industri hijau dan tenaga boleh diperbaharui di samping menjalin lebih banyak kerjasama perdagangan.

“Pada penganjuran kali ini, IGEM akan fokus kepada bidang teknologi hijau yang kritikal bagi pembangunan bandar mampan membabitkan tenaga hijau, pengangkutan hijau, bangunan hijau dan industri hijau dengan penyertaan pemain industri menerusi inovasi terkini yang dihasilkan.

“Kita yakin dengan minat dan pelaburan dalam teknologi hijau yang berkembang pesat, IGEM adalah destinasi terbaik untuk dikunjungi khususnya bagi pemain industri sedia ada dan baru di Malaysia serta ASEAN,” katanya pada sidang media prapelancaran IGEM 2017, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHa), Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech, Dr Mohd Azman Zainul Abidin.

IGEM 2017 yang bakal diadakan pada 11 hingga 13 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) adalah kerjasama antara KeTTHA dan Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech) yang memberi tumpuan kepada tema ‘Memperkasa Bandar Hijau’.

READ ALSO  Pakar racun saraf dipanggil esok | Kes


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.