Polis tumpas 'Geng Botak', sembilan suspek ditahan








TERKINI

Polis tumpas ‘Geng Botak’, sembilan suspek ditahanPolis tumpas ‘Geng Botak’, sembilan suspek ditahan

26/09/2017 6:46pm

KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu berjaya menumpaskan ‘Geng Botak’ yang aktif dalam kegiataan samun dan pemerasan di sekitar daerah ini selepas tertangkapnya sembilan lelaki dalam Op Samun dijalankan di beberapa lokasi berasingan, baru-baru ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata dengan penahanan kesemua suspek masing-masing empat warga tempatan dan lima warga asing berumur antara 17 hingga 42 tahun itu, polis percaya telah menyelesaikan sembilan kes samun dan pemerasan oleh geng tersebut sejak Julai lepas.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan kesemua suspek dalam lapan serbuan yang dijalankan pada 18 hingga 21 Sept lepas di sekitar Kampung Air; Asia City; One Borneo, Pekan Menggatal dan Kota Kinabalu.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran palsu yang digunakan untuk melakukan jenayah, 13 telefon bimbit, tiga komputer riba dan dua bentuk cincin emas. Anggaran nilai rampasan RM35,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chandra berkata tujuh daripada suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam pada itu, Chandra menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah penjenayah sebaliknya menjauhkan diri daripada orang yang mencurigakan dan jangan berjalan seorang diri di tempat sunyi bagi mengelakkan jenayah samun.

“Orang ramai juga disarankan supaya memaklumkan segera kepada pihak polis jika dihampiri oleh mana-mana individu yang mencurigakan selain membuat pengcaman penjenayah seperti rupa, pakaian, kenderaan dan sebagainya untuk membantu polis membuat siasatan,” katanya. – Bernama

READ ALSO  Tiga lagi direman kes seleweng dana Sabah









Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.