Polis tidak akan lulus permit ‘Centro German F&B Party’

Ketua polis daerah Klang Utara berkata, festival itu turut menyediakan minuman keras atau arak yang mana arahan sudah dikeluarkan kepada polis untuk menyekat sebarang penganjuran pesta arak.

Mazelan-Paijan-beer-fest2SHAH ALAM: Polis tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman yang dijadualkan berlangsung di sebuah pasar raya di Klang, dekat sini, pada 12 dan 13 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan ketika dihubungi berkata, ini kerana festival yang dinamakan “Centro German F&B Party” itu turut menyediakan minuman keras atau arak yang mana arahan sudah dikeluarkan kepada polis untuk menyekat sebarang penganjuran pesta arak.

“Pihak saya tidak membenarkan seperti mana arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan.

“Polis sehingga kini juga belum menerima sebarang surat permohonan daripada penganjur dan sekiranya ada pihak mendakwa sudah dapat kelulusan, itu adalah surat kebenaran palsu,” katanya.

Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk membuat keputusan mengikut peraturan serta undang-undang sedia ada berhubung pesta arak atau minuman keras di negeri ini.

Beliau yang juga exco negeri bagaimanapun berkata, kerajaan Selangor secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan menghormati hak setiap rakyat di negeri itu tanpa mengira kaum dan agama.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Klang dilaporkan meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman itu, tetapi perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara berkenaan, selain mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.

Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

READ ALSO  Peguam: Ketiadaan saksi penting penghalang siasatan forex

Comments

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.