Polis siasat kes video tular remaja pukul ibu

KUALA LUMPUR 27 Sept.- Polis kini sedang menyiasat kes video tular di Facebook seorang remaja yang didakwa memukul ibunya hanya disebabkan wang belanja sekolah dalam kejadian di sebuah rumah di Ampang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan bapa kepada remaja terbabit.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.20 pagi semalam selepas pengadu menerima rakaman video itu daripada anak perempuannya. Pengadu kemudian memberikan video itu kepada guru sekolah anaknya dengan niat supaya guru terbabit dapat menasihati anak lelaki yang berusia 15 tahun itu.

“Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri, keluarga serta anak lelakinya. Pengadu dan isteri juga enggan tindakan diambil terhadap beliau atau mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, satu video berdurasi 43 saat tular di Facebook dipercayai dimuat naik seorang individu menggunakan nama ‘Jejaka Sereng’.

Dalam video tersebut. seorang remaja lelaki yang belum sempat memakai seluar sekolah dilihat beberapa kali memukul badan ibunya sambil menghamburkan kata-kata kesat dan meminta wanita itu menyerahkan semua wang yang ada di dalam beg.

Sambil mengadu kesakitan, wanita itu memberitahu anaknya tiada wang namun tidak diendahkan remaja terbabit sebaliknya mengugut mahu memukul lagi.- UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Pegang tangan pelacur, anggota polis ditukar serta merta


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.