Polis serbu kedai judi, pelacuran di Dataran Mentari








TERKINI

Polis serbu kedai judi, pelacuran di Dataran MentariPolis serbu kedai judi, pelacuran di Dataran Mentari

26/09/2017 9:01pm

Antara wanita yang disyaki pelacur ditahan dalam operasi petang tadi.

PETALING JAYA – Taktik tauke judi berselindung di sebalik rumah kedai yang kelihatan sentiasa ditutup gagal memperdayakan pihak berkuasa apabila diserbu polis dalam satu operasi di Dataran Mentari di sini petang tadi.

Dalam serbuan pada pukul 5.50 petang itu, sepasukan anggota polis D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyerbu premis berkenaan dan menahan beberapa individu yang sedang leka berjudi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menahan seorang lelaki penjaga premis dan empat pemain judi termasuk dua wanita dari Indonesia dan Sri Langka.

“Dalam Ops Dado Online ini, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM250, 20 set komputer dan satu set komputer kawalan utama,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut Mohd. Zani, satu lagi operasi membanteras kegiatan pelacuran turut dilakukan pihak berkuasa petang tadi di kawasan tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis menyerbu sebuah lagi premis yang disyaki menjalankan kegiatan persundalan dan berjaya menahan dua lelaki tempatan dna Indonesia serta tujuh lagi wanita Vietnam.

“Dalam serbuan ini, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM110 dan lima keping kondom serta seorang pelanggan warga India,” ujarnya. –







READ ALSO  Dua kampung di Kulim dilanda banjir, 18 mangsa dipindahkan

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.