Polis selamatkan buruh paksa Kemboja | Kes

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman menyelamatkan lapan warga Kemboja termasuk dua wanita yang dipercayai dipaksa bekerja sebagai buruh tanpa menerima gaji seperti yang dijanjikan.

Semua mereka berusia antara 20 hingga 43 tahun diselamatkan di hadapan Kedutaan Kemboja oleh Unit Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D7C, berdasarkan maklumat dari pegawai kedutaan berkenaan, jam 1 tengah hari semalam.

Pemeriksaan yang dilakukan mendapati semua mangsa terbabit tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri selepas pasport mereka disimpan oleh ejen atau majikan yang memperdayakan mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata siasatan yang dijalankan, D7C kemudian menjalankan Operasi Pintas (Ops Pintas) bagi mengesan suspek yang memperdayakan mangsa terbabit.

“Hasil maklumat yang diperoleh dari mangsa, polis kemudian menyerbu sebuah kediaman di Kampung Delek, Klang, sebelum menahan dua lelaki warga Kemboja termasuk seorang berstatus taraf penduduk tetap (PR).

“Polis merampas 112 pasport negara Kemboja, Myanmar dan Indonesia serta wang tunai berjumlah RM31,212 dan USD1500 yang disimpan dalam pelbagai sampul serta beberapa lagi barang peribadi milik suspek,” katanya ketika dihubungi BH.

Huzir berkata, pada masa sama, pihaknya membuat satu lagi serbuan di sebuah rumah di Jalan Selamat, Off Sungai Udang, Klang, sebelum menahan dua lagi lelaki warga Kemboja berusia 25 dan 36 tahun, juga berdasarkan maklumat yang diperolehi.

“Dalam serbuan ini, polis merampas satu unit komputer riba, tiga telefon bimbit, dua buku cek dan dokumen seperti kad log waktu pekerja dan jadual kerja.

“Setakat ini ejen dan majikan dipercayai tidak membayar gaji seperti persetujuan awal selain dipaksa bekerja lebih 12 jam sehari tanpa bayaran kerja lebih masa selain tidak diberikan cuti,” katanya.

READ ALSO  Bayar RM50 | Harian Metro

Siasatan juga mendapati mangsa dipercayai akan bekerja sehingga hutang mereka yang turut membabitkan kos dokumentasi dan pengangkutan dari negara asal ke negara ini selesai.

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.