Polis Klang Utara tidak luluskan penganjuran pesta F&B Centro German








TERKINI

Polis Klang Utara tidak luluskan penganjuran pesta F&B Centro GermanPolis Klang Utara tidak luluskan penganjuran pesta F&B Centro German

30/09/2017 6:14pm

Poster mengenai pesta tersebut yang tular dalam laman sosial

SHAH ALAM – Polis tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang dekat sini, pada 12 dan 13 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan ketika dihubungi berkata ini kerana festival yang dinamakan ‘Centro German F&B Party’ itu turut menyediakan minuman keras atau arak yang mana arahan telah dikeluarkan kepada polis untuk menyekat sebarang penganjuran pesta arak.

“Pihak saya tidak membenarkan seperti mana arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan,” katanya.

“Polis sehingga kini juga belum menerima sebarang surat permohonan daripada penganjur dan sekiranya ada pihak mendakwa sudah dapat kelulusan, itu adalah surat kebenaran palsu,” kata Mazelan.

Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk membuat keputusan mengikut peraturan serta undang-undang sedia ada berhubung pesta arak atau minuman keras di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan negeri bagaimanapun berkata kerajaan negeri secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan menghormati hak setiap rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan agama.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Klang dilapor telah meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman itu tetapi perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara selain perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa. – Bernama

READ ALSO  Morten Frost letak jawatan | Harian Metro









Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.