Polis buru empat suspek kes bunuh

TAWAU 24 Sept. – Empat lelaki diburu polis bagi membantu siasatan kematian seorang pengawal keselamatan akibat dibelasah suspek di luar sebuah pusat hiburan di bandar ini kira-kira pukul 2 pagi, 17 September lalu.

Dalam kejadian itu, Norajlan Norsait, 32, meninggal dunia di Hospital Tawau Selasa lalu selepas menerima rawatan selama dua hari akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pada hari kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakannya baru sahaja keluar dari pusat hiburan berkenaan apabila dua suspek tiba-tiba muncul dan membelasah rakannya.

“Mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu, namun seorang suspek telah menumbuk mukanya. 

“Berikutan itu, mangsa sempat melarikan diri ke arah jalan raya utama di Jalan Kuhara tetapi dipercayai diekori oleh dua lagi suspek kemudian dipukul hingga cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata, pihaknya kini menggiatkan operasi memburu empat suspek termasuk dua dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih bebas dan mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Katanya kesemua suspek dikenali sebagai  Herman Langguru, 33; Fadilah Abdul Latif, 34; Ajai, 30, dan Harman, 20-an.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca akibat perselisihan faham dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Utusan Online

READ ALSO  Ambiga takes swipe at PKR for airing its internal squabbles

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.