PM sempurnakan pecah tanah MyExpo

PUTRAJAYA 26 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis pecah tanah untuk pembinaan Malaysia Exposition and Convention Centre (MyExpo) di Presint 5 di sini.

Projek berkenaan yang dijangka siap tahun 2020 itu bakal memberi nafas baharu kepada Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan menjadi pusat pameran dan konvensyen terbesar di di Asia Tenggara apabila digabungkan kelak.

Dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi bukaan lantai kasar, MyExpo mampu menampung 60,000 orang dalam satu masa dan dilengkapi dewan plenari, lapan dewan pameran, 12 dewan bankuasi, empat dewan seminar, dua dewan persidangan dan sembilan bilik mesyuarat.

Projek yang terbahagi kepada dua fasa itu merangkumi pusat pameran lima tingkat, bangunan 23 tingkat termasuk hotel bertaraf 4 bintang selain bakal dilengkapi juga hotel bertaraf 5 bintang, kompleks beli-belah, taman tertutup dan pangsapuri. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Banjir: 58 mangsa masih di pusat pemindahan

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.