Pesta arak: Pas bantah permohonan kedua penganjur

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Pas sekali lagi membantah penganjuran pesta arak Better Beer Festivals apabila pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) menerima permohonan baharu penganjur pesta tersebut selepas permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditolak.



Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, penganjur pesta arak itu dilihat cuba mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini apabila tetap berdegil untuk meneruskan pesta tersebut dengan membuat permohonan baharu tersebut setelah ditolak DBKL dan menerima kecaman pelbagai pihak.



“Kami mendesak supaya pihak MBPJ tidak meluluskan penganjuran acara pesta arak di lokasi yang diminta iaitu di pusat beli belah One Utama dan kami menyarankan agar apa sahaja permohonan penganjuran seumpama pesta arak seperti aktiviti tidak bermoral dan bercanggah dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.



“Setakat ini permohonan kedua itu masih menunggu prosedur kelulusan sama ada mendapat kebenaran atau tidak kita belum tahu tetapi kita berharap tidak akan dibenarkan kerana dilihat tidak bertamadun dan melanggar tatasusila masyarakat Malaysia,” katanya tanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain di ibu pejabat MBPJ dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Berkat menabung | Harian Metro


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.