Pertemuan dengan PKNS ibarat penentuan hidup dan mati – Zahasmi








TERKINI

Pertemuan dengan PKNS ibarat penentuan hidup dan mati – ZahasmiPertemuan dengan PKNS ibarat penentuan hidup dan mati – Zahasmi

26/09/2017 4:29pm

Kelantan perlu mengutip tiga mata penuh ke atas PKNS malam esok jika mahu terus kekal dalam saingan Liga Super.

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail meminta pemainnya tidak memilih jalan sukar sehingga terpaksa menantikan perlawanan terakhir Liga Super musim ini bagi menentukan Kelantan kekal bersaing dalam liga utama itu musim depan.

Sebaliknya, beliau mahu mereka memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk mengutip tiga mata penuh ketika menentang pasukan PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam esok.

“Perlawanan malam esok ibarat pentas perlawanan akhir bagi Kelantan, kami amat memerlukan tiga mata di sini (Kota Bharu) jika tidak ianya akan menjadi masalah kepada pasukan kami kerana terpaksa menunggu perlawanan terakhir menentang Melaka United (21 Okt depan) dan juga terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan lain,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelantan perlu menang dua perlawanan terakhir Liga Super bagi mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana musim depan. Kelantan akan bertemu PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam esok manakala perlawanan terakhirnya akan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka 21 Okt depan.

Zahasmi berkata pemain yang diturunkan beraksi pada perlawanan malam esok perlu memberikan tumpuan sepenuhnya serta menggunakan segala kemampuan mereka untuk menewaskan pasukan lawan.

“Saya mahu pemain menutup rekod perlawanan di tempat sendiri pada musim ini dengan kemenangan dan sekali gus pada perlawanan terakhir nanti di tempat lawan tidak memberikan tekanan kepada kami untuk kekal bersaing pada Liga Super,” katanya.

READ ALSO  Saudi Arabia arrests prominent cleric

Beliau berkata sekiranya Kelantan dapat menewaskan PKNS FC ianya membolehkan The Red Warriors menjarakkan mata daripada pasukan di bawah liga iaitu Sarawak yang kini menjadi pasukan pesaing sengit untuk kekal di Liga Super.

Katanya dengan kemenangan malam esok, pemainnya juga dapat membalas kesungguhan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menyelesaikan tunggakan gaji mereka sebelum ini.

“Bayaran tunggakan gaji kepada pemain semalam diharap akan memberi motivasi kepada mereka untuk memperoleh kemenangan pada dua perlawanan terakhir,” katanya. – Bernama







Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.