Perlakuan kejam terhadap penyu di Pulau Bum-Bum | Kes

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa menemui kira-kira 100 tulang penyu di kawasan semak beberapa kampung di Pulau Bum-Bum, Semporna, sekali gus mengesahkan wujud aktiviti pemburuan haram terhadap hidupan marin itu di kawasan terbabit sejak sekian lama.

Penemuan itu hasil siasatan pihak berkuasa susulan laporan penemuan lapan bangkai penyu berselerak di tepi sebuah pantai di pulau berkenaan oleh penduduk kampung, semalam.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tugaa, berkata anggotanya bersama beberapa agensi berkaitan serta badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan siasatan di lokasi bangkai penyu terbabit dilaporkan ditemui, pagi tadi.

Katanya, ketika anggota penyiasat tiba di lokasi jam 8 pagi tadi, bangkai penyu tidak lagi berada di situ dipercayai dihanyutkan ke tengah laut.

Beliau berkata, hanya satu bangkai penyu ditemui terapung di laut oleh pasukan penyiasat yang mengesahkan laporan terdahulu adalah benar.

“Siasatan lanjut ke beberapa kampung berhampiran pantai di sekitar pulau itu menunjukkan aktiviti pemburuan haram telah berlaku sejak sekian lama.

“Mereka tidak tinggal di kawasan itu tetapi sentiasa bergerak dengan bot. Sesetengah suspek telah dikenal pasti dan siasatan diteruskan,” katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini.

Semalam, gambar yang tersebar di laman sosial menunjukkan beberapa ekor penyu dengan keadaan perutnya terdedah, terdampar di tepi pantai di pulau berkenaan.

READ ALSO  Super8 Ipoh mengaku pasang Jalur Gemilang di papan tanda IPOH

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.