‘Perjalanan tidak akan terhenti’ | Harian Metro

Pentas Separuh Akhir Da’i Pendakwah Nusantara musim kelima, Ahad lalu menyaksikan penyingkiran Da’i Aiman selepas gagal menjawab soalan Imtihan pada awal program realiti itu.

Penyingkiran itu mengejutkan kerana Da’i Aiman antara peserta harapan kerana mempunyai potensi dan karisma hebat.

Kini tinggal tiga peserta iaitu Da’i Hakim, Da’i Fahmi dan Da’i Afiqah ke pentas akhir Da’i, Ahad ini.

Mursyid, Datuk Ustaz Kazim Elias mengakui terkejut melihat prestasi peserta pada malam itu dengan peserta pilihan, Da’i Aiman kecundang.

“Namun, Aiman perlu reda dan terima keputusan juri. Saya percaya perjalanan dia tidak akan terhenti di sini.

“Aiman mempunyai bakat dan kreativiti yang mampu menggarap perhatian penonton setiap kali menyampaikan tazkirahnya di atas pentas Da’i,” katanya.

Kazim menasihati peserta ke pusingan akhir program realiti itu supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian sekarang.

“Ini kerana kehidupan pendakwah bukan seperti di pentas Da’i dan situasinya di realiti sangat berbeza. Bagaimanapun, saya ucapkan tahniah kepada finalis.

“Atas berkat usaha dan doa kepada Sang Pencipta, mereka berjaya sampai ke menara gading Da’i Pendakwah Nusantara.

“Cuma, pesanan saya kepada mereka supaya tonjolkan kebolehan masing-masing kerana diberikan peluang untuk menyampaikan tazkirah selama lima minit dengan tajuk pilihan,” katanya.

Da’i Pendakwah Nusantara musim ini mengangkat Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah sebagai Murabbi yang turut menjadi tenaga pengajar utama peserta Da’i.

Juri tetap pula Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Final musim kelima Da’i Pendakwah Nusantara akan bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada jam 9 malam, Ahad ini menerusi saluran TV3.

READ ALSO  Kadar kelahiran bayi Singapura menurun


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.