Perbicaraan pembunuhan Jong Nam minggu depan

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sham Alam itu dijangka Aisyah dan Huong mengaku tidak bersalah sebelum pendakwaan bermula untuk pembentangan kes mereka.

jong-namKUALA LUMPUR: Dua wanita yang dituduh membunuh abang sebapa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam akan menghadapi perbicaraan minggu depan yang mungkin akan merungkaikan pembunuhan misteri di Malaysia yang mencetuskan krisis diplomatik.

Tertuduh hampir tidak dapat dilihat di khalayak umum sejak penangkapan mereka beberapa hari selepas pembunuhan Jong Nam pada 13 Februari ketika dia menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dituduh menyapu muka mangsa dengan ejen saraf VX, mengejutkan dunia dan mencetuskan ketegangan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia, yang menjadi salah satu daripada beberapa sekutu Pyongyang di tengah-tengah pergolakan global ke atas program nuklearnya.

Jong Nam meninggal dunia kira-kira 20 minit selepas serangan itu yang terakam di kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang tersebut menunjukkan ia ejen saraf VX – yang diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah besar-besaran oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Wanita terbabit- yang mungkin berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan – mengatakan mereka ditipu supaya mengambil bahagian dalam “prank” untuk program realiti TV.

Peguambela mendakwa perancang sebenar pembunuhan itu telah meninggalkan Malaysia dan perbicaraan kedua-dua wanita itu didorong oleh keinginan pihak pendakwaan untuk sabitan kes tersebut.

Mereka hanya muncul pada Februari lalu dengan kawalan ketat semasa perbicaraan di mahkamah, di mana kedua-duanya diiringi polis bersenjata dengan memakai topeng muka dan bergari di depan media antarabangsa.

Perbicaraan akan datang di Mahkamah Tinggi Sham Alam itu, Aisyah dan Huong dijangka mengaku tidak bersalah sebelum pendakwaan bermula untuk pembentangan kes mereka.

READ ALSO  Mangsa kebakaran di Christchurch, New Zealand tiba di tanah air

Masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab membabitkan pembunuhan itu.

Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.