Peranan MIDA jadi lebih penting, pastikan pertumbuhan ekonomi inklusif – NAJIB

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Syarikat multinasional (MNC) mengiktiraf ekonomi Malaysia hasil pelbagai program yang dilancarkan oleh kerajaan sebelum hadir melabur tanpa mempedulikan dakwaan-dakwaan mengarut kononnya negara berada di ambang kejatuhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sendiri mengiktiraf Malaysia sebagai satu daripada ekonomi terbaik di rantau ini hasil pelbagai transformasi serta asas ekonomi yang baik.

Kata Perdana Menteri, kedudukan ekonomi negara tiada kaitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana program rasionalisasi syarikat pelaburan strategik kerajaan itu berjalan baik dan pada masa sama pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, dirinya sebagai Perdana Menteri juga gigih mempromosi negara dengan mendekatkan diri dengan pemimpin-pemimpin utama dunia supaya Malaysia menjadi destinasi pelaburan pilihan negara-negara maju.

“Tidak kira Shinzo Abe (Perdana Menteri Jepun), Narendra Modi (Perdana Menteri India), Raja Salman Abdulaziz Al-Saud (Raja Arab Saudi) dan Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat), amat penting bagi negara menjalinkan hubungan yang baik dengan negara lain demi menarik pelaburan asing.

“Oleh sebab itu banyak pelabur antarabangsa sama ada dari China, United Kingdom, India, Arab Saudi dan banyak lagi menaruh keyakinan terhadap Malaysia. Mereka tahu kita mempunyai rancangan membangunkan ekonomi dan berjaya dilaksanakan.

“Ahli-ahli perniagaan ini mengetahui terdapatnya suara-suara kalangan ahli politik tempatan yang cuba membuat dakwaan palsu bagi merosakkan imej negara,” kata Najib pada majlis Makan Malam Gala Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sempena ulang tahun ke-50 lembaga itu, di sini malam ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi MIDA, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.

READ ALSO  KL2017: Malaysia mampu beri tentangan AFC B-23 | Bola

Kata Najib, MIDA juga berperanan penting kepada pembangunan ekonomi negara yang membolehkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia hanya bernilai US$3.9 bilion (RM16.46 bilion) pada tahun 1970 kepada US$296.4 bilion (RM1.25 trilion) sehingga 2016.

“Penekanan terhadap dunia digital juga telah membolehkan syarikat tempatan kini menyertai pasaran antarabangsa dan mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat tempatan,” katanya.

Pada majlis makan malam itu juga, Wartawan Meja Ekonomi Utusan Malaysia, Akmyr Syahar Azwar berjaya menerima hadiah saguhati pengiktirafan MIDA menerusi artikelnya bertajuk Industri Aeroangkasa Tarik RM4 bilion Pelaburan yang membolehkannya membawa pulang tunai RM1,500 berserta sijil. – UTUSAN ONLINE



Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.