Perak rekod 10 kematian akibat denggi sejak Januari








TERKINI

Perak rekod 10 kematian akibat denggi sejak JanuariPerak rekod 10 kematian akibat denggi sejak Januari

29/09/2017 5:33pm

Gambar hiasan

IPOH – Sepuluh kes kematian akibat denggi direkodkan di Perak setakat 23 Sept tahun ini berbanding sembilan kes dalam tempoh sama tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata kesemua kes kematian itu melibatkan orang dewasa dengan empat daripadanya berlaku di daerah Kinta, Kuala Kangsar (dua), Larut, Matang dan Selama (dua) serta masing-masing satu di Kampar dan Kerian.

“Sehingga 23 Sept 2017, jumlah kumulatif kes denggi adalah 4,793 meningkat sebanyak 67.4 peratus atau 1,930 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 2,863,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, pagi tadi satu operasi pencegahan denggi dilakukan di kawasan Tasek di sini yang diketuai oleh Pejabat Kesihatan Kinta.

Menurut Anggota Majlis Bandaraya Ipoh, Aldrich Low Guo Nan wabak denggi tidak terkawal melanda kawasan berkenaan apabila dalam tempoh tiga minggu bulan ini, sebanyak 19 kes dilaporkan berlaku termasuk 12 daripadanya melibatkan pekerja warga asing.

”Pada operasi hari ini, sebanyak 50 asrama (pekerja warga asing) serta 498 bekas diperiksa serta dua notis dikeluarkan pihak Pejabat Kesihatan Kinta mengikut Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1976 yang mana mereka diberi masa 14 hari untuk membersihkan kawasan premis dan lokasi penularan wabak,” katanya.

Dalam operasi hari ini, seramai 20 pegawai pejabat kesihatan memeriksa penempatan lebih 300 pekerja warga asing di tiga kawasan asrama berbeza.

READ ALSO  Tak akan setuju pertukaran tebusan

Tambah Low, masyarakat perlu mengambil serius perkara itu kerana nyamuk aedes boleh bertelur sehingga 1,500 biji sebulan dan kitaran hidupnya daripada telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama tujuh hari. – Bernama







Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.