Perak menang tipis ke atas Pulau Pinang








TERKINI

Perak menang tipis ke atas Pulau PinangPerak menang tipis ke atas Pulau Pinang

27/09/2017 11:11pm

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


Mohd Nizad (kanan) menjaringkan gol tunggal buat Perak ketika menang 1-0 ke atas P. Pinang malam ini.

IPOH – Perak memalapkan peluang Pulau Pinang untuk terus kekal bersaing dalam Liga Super pada musim depan selepas menumpaskan pasukan itu dengan jaringan 1-0 di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Berdasarkan statitik perlawanan, kepincangan persembahan setiap barisan pemain Pulau Pinang jelas kelihatan sejak wisel perlawanan dimulakan.

Perak bagaimanapun mengambil peluang atas kelemahan itu apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-24.

Jaringan tersebut terhasil apabila pemain pertahanan skuad The Bos Gaurus berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum melorongkan bola kepada Nizad Ayub untuk melakukan rembatan kencang menerjah gawang Pulau Pinang.

Anak-anak buah Zainal Abidin Hassan terus menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan namun, keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Kekalahan tersebut menyaksikan Pulau Pinang bakal turun ke Liga Premier pada musim depan apabila menduduki tempat tercorot manakala Perak naik ke tangga kelima Liga Super. –







READ ALSO  Hadiah bernilai hingga RM886 untuk pelanggan Motorola sempena Jualan Elektronik Lazada

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.