Perak mara selepas mengamuk benam Pahang 4-0 | Bola

IPOH: Perak mengamuk dalam pertembungan kedua suku akhir Piala Malaysia selepas membelasah Pahang 4-0 di Stadium Perak, sebentar tadi untuk mara ke separuh akhir.

Memerlukan hanya 2 gol untuk menentukan kemaraan anak buah, Mehmet Durakovic sebaliknya beraksi seperti dirasuk untuk memadam kekalahan 3-1 di Kuantan bagi memastikan kemenangan dengan agregat 5-3.    

Gilmar Jose Da Silva memulakan kebangkitan apabila membuka jaringan pertama Perak pada minit ke-3 sekali gus menaikkan semangat pemain untuk memburu lagi gol.   

PENYERANG import Perak, Gilmar Jose Da Silva meledak gol pertama pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak, malam tadi. – Foto Muhaizan Yahya

Perak yang terus memberi tekanan hampir memperoleh gol kedua, namun Zaquan Adha Abd Razak gagal menyudahkan dua peluang terbuka bagi menamatkan cabaran pelawat lebih awal. 

Pahang yang sering bertahan, turut bertindak balas tetapi segala usaha mereka untuk mendapatkan gol penyamaan menemui kegagalan apabila serangan pemain mereka berjaya dipatahkan benteng tuan rumah. 

Skrip babak kedua tidak banyak berubah dengan Perak terus melancarkan serangan bertali arus manakala Pahang berusaha mempertahankan kelebihan tiga gol di Stadium Darul Makmur, minggu lalu.

Namun, usaha Perak akhirnya berjaya menerusi tandukan Gilmar selepas menerima hantaran silang Nazrin Nawi pada minit ke-63 untuk mendahului Pahang 2-0 sekali gus menyamakan agregat 3-3. 

Pemain gantian Kenny Pallraj kemudian meletakkan tuan rumah 3-0 di hadapan pada minit ke-76.

Pemain yang menggantikan Sharom Kalam itu memanfaatkan peluang kedua daripada tampanan penjaga gol Pahang, Wan Muhammad Azraie hasil hantaran Nasir Basharuddin. 

Keperitan Pahang bertambah apabila Nazrin Nawi melengkapkan malam gemilang The Bos Gaurus dengan menyumbat gol keempat dalam masa kecederaan.

READ ALSO  Kad merah hukum Liverpool

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.