Penyudah tumpul belenggu TRW | Harian Metro

KETUA jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengakui ketiadaan penyerang berkualiti menjadi faktor utama menyumbang kepada pasukannya di ambang penyingkiran ke Liga Perdana musim depan apabila hanya sekadar memperoleh enam kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini.

Malah pada pertemuan menentang PKNS FC malam tadi, Kelantan hanya sekadar seri tanpa jaringan di gelanggang sendiri.

Zahasmi berkata, masalah penyudah memberi kesan besar kepada Kelantan apabila kebanyakan perlawanan musim ini, pasukannya gagal menjaringkan gol.

“Kami tidak ada pemain yang boleh menjaringkan gol berbanding pada awal musim, ketika itu pasukan mempunyai pemain import Mohammed Ghaddar di posisi untuk menghasilkan gol.

“Saya akui pasukan terkesan dengan kehilangan pemain itu (Ghaddar) selepas berpindah ke Johor Darul Ta’azim dan terpaksa pasukan mengharungi baki perlawanan tanpa penyerang yang boleh menjaringkan gol,” katanya.

Selepas 21 perlawanan, Kelantan kini berada di zon penyingkiran apabila berada di tangga ke-11 dengan 19 mata dan peluang untuk kekal dalam saingan Liga Super bergantung harap kepada perlawanan terakhir menentang Melaka United pada 21 Oktober depan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Zahasmi berkata, walaupun pasukannya itu sudah berada di kelompok dua pasukan yang akan disingkirkan ke Liga Perdana musim depan namun beliau masih yakin mereka berpeluang kekal beraksi di Liga Super tahun depan.

Katanya Kelantan masih berpeluang sekiranya menang ke atas Melaka United.

READ ALSO  Optimis kekal Liga Perdana | Harian Metro

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.