Penyelewengan PTPK: Lebih banyak saksi akan dipanggil

IPOH 29 Sept. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang akan dipanggil termasuk dari Kementerian Sumber Manusia selepas Menterinya, Datuk Seri Richard Riot tampil memberikan keterangan berhubung isu penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa SPRM akan memanggil semula Richard atau saksi-saksi lain sekiranya terdapat keperluan, bergantung kepada hasil siasatan.

“Pagi tadi kita telah memanggil Menteri berkenaan untuk dirakamkan percakapan. Kita akan meneliti lagi keterangan yang kita dapat daripada Setiausaha Politik dan Menteri berkenaan.

“Sekiranya ada keperluan, kita akan panggil saksi-saksi lain yang berkaitan untuk membantu siasatan. Sudah pasti akan ada sebab semua dokumen itu berada di kementerian dan dalam proses biasa, ia bukan melibatkan seorang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program perasmian Mural Pencegahan Rasuah yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Bangunan SPRM Perak di sini hari ini.

Dzulkifli berkata, Richard telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada SPRM hasil maklumat awam serta risikan yang dilakukan oleh pihaknya.  

Tambah beliau, pihaknya juga sedang mengemas kini siasatan setelah terdapat asas untuk kertas siasatan dibuka, malahan beberapa tangkapan turut telah dibuat. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Kunjungan kedua lebih beremosi | Harian Metro


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.