Penuntut Unimas maut, kereta dipandu bertembung dengan trak tentera








TERKINI

Penuntut Unimas maut, kereta dipandu bertembung dengan trak tenteraPenuntut Unimas maut, kereta dipandu bertembung dengan trak tentera

26/09/2017 12:30pm

Oleh MULLER ASEN


Mangsa, Muhammad Hamzah Haris disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah pada kepala dan badannya.

KUCHING – Seorang penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah trak tentera di Jalan Sungai Tapang, Kota Sentosa di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.12 pagi itu, mangsa, Muhammad Hamzah Haris Saiffudin, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah pada kepala dan badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar raya ini ke arah Kota Sentosa di sini.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi nahas, kereta yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah trak tentera.

“Pemandu trak berkenaan tidak sempat membrek dan mengelak hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung secara berhadapan.

“Impak rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah, manakala pemandu trak berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Bingkok memberitahu, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







READ ALSO  Perang dengan diri sendiri | Harian Metro


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.