Penulis Turki Mustafa Akyol ditahan di KLIA, kata IRF

Pengarah IRF Dr Ahmad Farouk Musa berkata pihaknya gagal menghubungi wartawan terkemuka itu.

farokmusa-mustafa1KUALA LUMPUR: Wartawan terkemuka Mustafa Akyol dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam selepas pihak berkuasa Islam negara ini menekan penganjur sebuah forum membatalkan acara di saat-saat akhir.

Akyol ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat ke Rom melalui Istanbul menaiki penerbangan Turkish Airlines pada 11.35 malam ini.

Badan Islamic Renaissance Front (IRF), yang menjadi tuan rumah kepada penulis asal Turki itu dalam siri ucapan yang berakhir tiba-tiba petang tadi susulan pembatalan forum di Universiti Nottingham Kuala Lumpur, memberitahu mereka cuba menghubungi Akyol di lapangan terbang.

Pengarah IRF Datuk Dr Ahmad Farouk Musa bimbang Akyol ditahan di gerbang imigresen dan di bawa pergi.

“Saya tidak dapat menghubungi beliau selepas diberitahu dirinya ditahan di imigresen” katanya kepada FMT. “Saya rasa beliau sudah dibawa pergi.”

Dr Farouk berkata mereka juga tidak berjaya menghubungi imigresen KLIA.

“Saya tidak dapat hubungi imigresen. Mereka tidak jawab panggilan.”

Menurutnya, isteri Akyol, Riada Asimovic juga gagal menghubungi suaminya.

“Dia tidak menerima panggilan Akyol dari balai pelepasan sebagaimana dijanjikan,” katanya.

FMT juga berusaha menghubungi imigresen di KLIA serta pihak berkuasa lapangan terbang, namun tidak berjaya.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam mengeluarkan perintah arahan terhadap Akyol untuk disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) kerana mengajar tanpa tauliah daripada pihak berkuasa. Difahamkan sesi soal siasat itu tidak berlaku.

Jawi juga memanggil Dr Farouk ke pejabat Jawi pada Rabu ini kerana “bersubahat” dengan Akyol, dibawah akta yang sama.

Lawatan ini merupakan kunjungan ke-5 Akyol ke Malaysia.

Penulis itu merupakan pengkritik Presiden Recep Tayyip Erdogan, dan dikenali kerana lantang mengkritik penyokong Islamisme dan sekularisme di negara asalnya.

READ ALSO  Duduk di Sg Siput, samun di Ipoh

Semalam, Akyol di forum berbeza mengenai demokrasi mengkritik kerajaan yang menggunakan undang-undang drakonian untuk kekal berkuasa.

“Kamu tidak boleh berkuasa selama-lamanya dan apabila kamu tidak lagi memegang kuasa kamu akan sedar sistem tidak liberal yang kamu cipta itu akan menyusahkan kamu,” katanya.

Sebelum itu, beliau mempertikaikan penyokong pengawasan moral, mengatakan ia bukan sebahagian daripada syariah yang hanya mahu membanteras jenayah dan bukannya dosa peribadi.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.