Penolong pegawai jabatan kerajaan didakwa terima rasuah RM5,000








TERKINI

Penolong pegawai jabatan kerajaan didakwa terima rasuah RM5,000Penolong pegawai jabatan kerajaan didakwa terima rasuah RM5,000

28/09/2017 11:26am

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


Abdul Kadar 48, dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh sebentar tadi.

IPOH – Seorang penolong pegawai di sebuah jabatan kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan menerima suapan sebanyak RM5,000 dengan alasan untuk membantu menyelesaikan kes berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dihadapi oleh seorang lelaki pada Julai lalu.

Tertuduh, Abdul Kadar K. Sikinthar Bacha, 48, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Kadar didakwa menerima wang tunai sebanyak RM5,000 daripada C. Sarmugam,63, kononnya untuk diberikan kepada pegawai SPRM sebagai dorongan untuk membantu menyelesaikan kes lelaki itu dengan suruhanjaya tersebut di Taiping.

Perbuatan tersebut dilakukan di Syarikat K. Pitchai, Jalan Barrack, Taiping dekat sini pada pukul 2 petang 26 Julai lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, R. Kumuthambal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Indra Nehru menetapkan jaminan sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu Abdul Kadar diminta untuk melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

READ ALSO  ERT untuk tangani kecemasan bangunan, premis | Wilayah

Mahkamah menetapkan tarikh 5 Oktober depan untuk sebutan semula kes. –









Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.