Penjenayah warga Filipina maut ditembak polis








TERKINI

Penjenayah warga Filipina maut ditembak polis Penjenayah warga Filipina maut ditembak polis

29/09/2017 7:28pm

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF


Noor Rashid (tengah) bersama Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din (kiri) dan Mohd. Nasaruddin pada sidang media di IPD Kunak hari ini.

KUNAK – Seorang penjenayah warganegara Filipina yang dipercayai terlibat dalam kumpulan culik untuk wang tebusan (KFR) maut selepas berbalas tembakan dengan pasukan polis di perairan Pulau Burung daerah ini pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi tersebut, pasukan polis diketuai Ketua Polis Daerah Kunak, Superitendan Mohd. Nasaruddin M. Nasir menjumpai sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan di perairan terbabit.

Ketika cuba menghampiri bot berkenaan, suspek, Masurati Insawani, 50, bertindak memecut laju melarikan diri.

Ketika dalam cubaan melarikan diri lelaki tersebut melepaskan satu das tembakan ke arah pihak berkuasa lalu menyebabkan polis bertindak balas sehingga berlakunya insiden tembak-menembak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek berkenaan antara penjenayah yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes rompakan di perairan Kunak dan Semporna.

“Sehubungan itu, berpandukan maklumat pihak polis bertindak mencari suspek di laut menggunakan bot samaran.

“Justeru, ketika cuba memintas, suspek terus memecut laju botnya sebelum melepaskan tembakan kepada pihak polis dan berlakunya insiden berbalas tembakan,” katanya dalam sidang media di IPD Kunak di sini hari ini. –







READ ALSO  Elfira, Sufian selamat bertunang bakal bernikah Mac 2018


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.