‘Penipu besar’ dihukum mati | Harian Metro

Hanoi: Seorang bekas pegawai bank dihukum mati semalam kerana terbabit dalam skandal penipuan besar-besaran di Vietnam membabitkan pinjaman haram bernilai jutaan dolar.

Rakan subahatnya turut menerima hukuman penjara seumur hidup dalam perbicaraan yang mengambil masa beberapa bulan dan membabitkan 51 pegawai bank serta ahli perniagaan, sebagai sebahagian daripada gerakan antirasuah yang menurut pengkritik turut mengheret musuh politik pemimpin komunis Vietnam.

Bekas ketua pengarah Ocean Bank, Nguyen Xuan Son, yang kemudian menjadi pengerusi syarikat minyak paling berpengaruh di negara itu, PetroVietnam, dihukum mati berhubung pembabitannya dalam penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan salah urus ekonomi.

Bekas pengerusi bank berkenaan, Ha Van Tham, yang pernah menjadi antara individu terkaya di Vietnam turut dipenjara seumur hidup atas tuduhan sama, termasuk melanggar peraturan pemberian pinjaman. Dia didapati bersalah meluluskan pinjaman haram AS$23 juta (RM97.1 juta) pada 2012.

Turut disebut dalam keputusan itu pengambilalihan saham PetroVietnam berjumlah AS$35 juta (RM150 juta) dalam bank terbabit. Bagaimanapun, ia dilupuskan apabila bank pusat membeli Ocean Bank dengan harga AS$0 pada 2015.

Kedua-duanya meninggalkan mahkamah dengan wajah yang tidak menunjukkan sebarang perasaan selepas keputusan dibacakan.

“Apa yang dilakukan Tham dan Son sangat serius. Tindakan mereka melanggar pengurusan aset negara dan menyebabkan ketidakadilan terhadap orang awam, memerlukan hukuman tegas,” kata hakim Truong Viet Toan.

READ ALSO  Seorang lelaki mati tergantung, dua anak ditemui dengan kesan jerut di leher


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.