Peniaga kuaci dijel sehari curi kondom

Melaka: Lelaki yang juga peniaga kuaci dihukum penjara sehari dan denda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri minuman beralkohol, kondom dan coklat di sebuah pasar raya, tahun lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Too Loi Heng, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah selepas faham pertuduhan dikenakan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa dengan niat curang mencuri tiga bungkus Nestle Kit Kat berharga RM19.68, empat kotak Durex Love (RM25), enam tin Guinness (RM74.10) dan sebungkus Milo seberat dua kilogram (RM32.88) berjumlah keseluruhan RM173.71.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pasaraya AEON Jusco Bandaraya Melaka, pada jam 4 petang, 13 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana produk dicuri bukan barangan keperluan asas.

Namun, Too yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan memberi alasan perlu menanggung isteri dan dua anak masih kecil.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,200 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda.

READ ALSO  Kamera AES di lebuh raya dirosakkan


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.