Pengganti Ancelotti dalam masa dua minggu – Hoeness | Bola

BERLIN: Bayern Munich memerlukan tempoh selama dua minggu untuk mencari pengganti kepada jurulatih yang dipecat Carlo Ancelotti, kata presidennya Uli Hoeness, semalam.

Ancelotti dipecat serta merta, kelmarin selepas Bayern diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada Paris Saint-Germain dalam kempen Liga Juara-Juara pada malam sebelumnya.

Hoeness memberitahu radio Jerman FFH: “Kami tidak berada dalam sebarang tekanan, namun selepas dua minggu rehat (antarabangsa) kami perlu mempunyai penyelesaian.”

Pembantu jurulatih, Willy Sagnol yang juga bekas pemain antarabangsa Perancis akan mengendalikan pasukan itu bagi aksi Bundesliga menentang Hertha Berlin, esok.

Media tempatan mencadangkan dua pengendali dari Jerman, Thomas Tuchel dan Julian Nagelsmann antara calon terbaik untuk menggantikan Ancelotti.

Tuchel meninggalkan Borussia Dortmund pada penghujung musim lalu selepas berselisih faham dengan pihak pengurusan kelab manakala Nagelsmann, 30 ketika ini mengemudi Hoffenheim.

Awal bulan ini, Bayern tewas mengejut 2-0 di Hoffenheim sebelum melepaskan kelebihan dua gol untuk diikat Wolfsburg 2-2 di laman sendiri diikuti kekalahan di Parc des Princes.

Berdepan kritikan daripada peminat dan media atas kegagalannya untuk mengawal Thomas Mueller, hubungan Ancelotti dengan beberapa pemain bintang seperti Robert Lewandowski, Arjen Robben dan Franck Ribery juga dilaporkan tegang.

Kekalahan di Paris adalah kekalahan terbesar Bayern sejak tewas 3-0 kepada Barcelona di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada Mei 2015. – AFP

READ ALSO  Mourinho laung keyakinan cabar gelaran liga | Bola

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.