Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok

Mohammad Zahid bersyukur pertuduhan akan dijatuhkan ke atas ‘pesalah’.

Zahid-Mahmod-tahfizKUALA LUMPUR: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bersyukur 7 suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran pusat tahfiznya akan didakwa di mahkamah esok.

Muhammad Zahid Mahmod menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menentukan bentuk hukuman yang akan diambil terhadap remaja terbabit.

“Saya harap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah sempurna di dunia ini dan diakhirat,” katanya ketika ditemui di pusat tahfiznya hari ini.

Zahid bagaimanapun tidak akan tampil menyaksikan pendakwaan itu kerana sibuk dengan urusan bomba dan polis.

Tragedi yang berlaku pada awal pagi 14 September itu mengundang simpati dan kritikan orang ramai terhadap tahap keselamatan kebakaran sekolah tahfiz. Polis menahan 7 remaja, berusia antara 11 hingga 18 tahun, dalam siasatan ke atas kebakaran itu.

Zahid tidak menjawab sama ada beliau memaafkan suspek terbabit, yang didakwa menyebabkan kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar dan 2 tenaga pengajar apabila gagal melepaskan diri kerana sekolahnya tidak mempunyai ciri keselamatan kebakaran.

Beliau juga yakin suspek terbabit bersalah.

“Secara peribadi saya, isu maaf atau tidak ini tidak timbul kerana mereka telah melakukan kesalahan dan pertuduhan telah dilakukan. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid hari ini berkata sebahagian daripada suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sementara suspek lain akan didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata siasatan mendapati bukan semua suspek yang ditahan terlibat membakar pusat tahfiz itu 14 September lalu, dan siasatan bahan bukti akan diteruskan sehingga tamat perbicaraan.

Zahid berkata akan fokus membina kembali tahfiznya dan jati diri pengajar tahfiz seluruh negara. Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfz Al-Quran Kebangsaan (Pinta).

READ ALSO  Islamic State sliding from defeat to defeat

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar sebelum ini berkata sekolah tahfiznya tidak mempunyai permit sah daripada bomba untuk menduduki bangunan itu.

Beliau juga menambah pelan yang diserahkan oleh pengusaha tahfiz itu lain daripada reka bentuk seni bina sekolah.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pihak yang bertanggungjawab memastikan langkah keselamatan kebakaran dipertanggungjawabkan.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.