Pengendali Valencia cedera ketika meraikan gol kemenangan

MADRID 25 Sept. – Gara-gara teruja meraikan gol kemenangan telah membuatkan pengendali Valencia, Marcelino mengalami kecederaan ketika pasukannya menumpaskan Real Sociedad 3-2 dalam aksi La Liga semalam.

Marcelino mengalami kecederaan di paha kirinya ketika meraikan jaringan Simone Zaza lima minit menuju tamat di Stadium Anoeya.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu kelihatan menahan sakit sambil tangan kirinya memegang di bahagian belakang kaki kirinya. Dia kelihatan terhenjut-henjut sewaktu memberi arahan kepada pemainnya dari luar padang.

“Saya sudah tua dan nampaknya saya perlu mengawal diri dalam keadaan tertentu bagaimanapun tiada masalah jika jurulatih yang cedera,” kata pengendali berusia 52 tahun itu. – AGENSI

READ ALSO  Lelaki maki anggota polis dihukum penjara


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.