Pengasan Playboy meninggal dunia | Harian Metro

PENGASAS majalah Playboy, Hugh Hefner, meninggal dunia di kediamannya di Playboy Mansion, Beverly Hills, hari ini, pada usia 91 tahun.

Hefner yang dilahirkan pada 9 April 9, 1926 di Chicago, Illinois, menjadi jutawan selepas menerbitkan Playboy sebagai majalah untuk lelaki pada 1953.

Akaun Twitter rasmi Playboy mengumumkan: “Ikon Amerika dan pengasas Playboy, Hugh M Hefner meninggal dunia hari ini. Beliau berusia 91 tahun. #RIPHef.”

Anak lelakinya, Cooper Hefner, yang juga Ketua Pegawai Kreatif Playboy Enterprises berkata: “Bapa saya akan dirindui ramai, termasuk isterinya Crystal, adik saya Christie, David dan Marston serta semua kami di Playboy Enterprises.”

Hefner berkahwin dengan rakan sekolahnya, Mildred Williams, pada 1949, yang kekal selama 10 tahun serta mempunyai dua anak, Christie dan David.

Pada Julai 1989, Hefner berkahwin dengan Kimberley Conrad, 27, iaitu model pilihan Playboy 1989 dan mereka mempunyai dua anak, Marston dan Cooper sebelum bercerai pada 2010.

Beliau kemudian berkahwin dengan isteri sekarang, Crystal, 31, pada 2012.

Hefner pernah bekerja sebagai timbalan pengurus dan penyunting dengan majalah Esquire, membuat keputusan dramatik memulakan majalahnya sendiri, Playboy, pada 1953, melangkau kebiasaan dengan paparan gambar wanita bogel dan separuh bogel.

Playboy mencapai edaran tertinggi pada 1972 iaitu tujuh juta naskhah, menjadi pendorong kemunculan majalah lain, termasuk Hustler dan Penthouse.

Antara selebriti terkenal yang pernah muncul dalam majalah Playboy ialah Marilyn Monroe, Shannen Doherty, Lindsay Lohan, Drew Barrymore, Farrah Fawcett, Madonna, Sharon Stone, Naomi Campbell, Carmen Electra, Kim Kardashian, Pamela Anderson, Kim Basinger, Bo Derek dan

Cindy Crawford.

Hefner akan dikebumikan di Los Angeles bersebelahan kubur Marilyn Monroe (wanita pertama muncul dalam Playboy) yang dibeli pada 1992 dengan harga AS$75,000.

READ ALSO  Rai 26 anak angkat di taman tema

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.