Penduduk, bomba sesak nafas terhidu gas klorin | Kes

MELAKA: Seramai 21 penduduk dan tiga anggota bomba terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka selepas mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu gas klorin di Kampung Tambak Paya, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lebih 250 penduduk di kawasan berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing oleh pihak bomba atas faktor keselamatan.

Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh tong mengandungi bahan kimia yang dibuang berhampiran kawasan perumahan terbabit.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.51 petang.

Sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dan Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian pada jam 6.01 petang, pihak bomba mendapati ada bau yang masih belum dikenal pasti, namun ia memedihkan mata dan tekak.

“Semua penduduk di kawasan berhampiran diarah mengosongkan rumah dan kerja pembersihan serta menyahcemar bahan kimia dilakukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tinjauan BH di lokasi kejadian setakat jam 10 malam tadi mendapati operasi pembersihan masih dijalankan.

KELIHATAN gas bahan kimia yang melimpah ke jalan raya daripada tempat kejadian bahan kimia dipercayai tujuh tong klorin yang dibuang berhampiran sebuah rumah kosong di Kampung Tambak Paya. – Foto ihsan pembaca

READ ALSO  Penuntut Polisas mati lemas


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.