Pendigitalan dan penguatkuasaan isu utama

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Institut Akauntan Malaysia (MIA) mengenal pasti pendigitalan dan penguatkuasaan sebagai isu utama yang harus diambil kira bagi menambah baik kecekapan, kerelevanan dan kelestarian kerjaya tersebut.

Presidennya, Salihin Abang berkata, pihaknya mendapati perakaunan semakin meningkat ke arah pengkomputeran awan dan dikuasakan dengan data besar dan proses menjadi semakin efisien dan mudah alih.

Katanya, hasilnya akauntan berhadapan dengan anjakan paradigma dari segi peranan dan cara kerja.

“Kedua, kita menghadapi cabaran dalam bentuk kondifikasi dan commoditisation (proses yang mana pembezaan terhakis oleh persaingan, yang membawa kepada pasaran komoditi dengan persaingan berasaskan harga) dalam pengetahuan profesional, automasi dalam proses dan metodologi serta peningkatan kepada kebergantungan kepada kepintaran buatan (artificial intelligence atau AI).

“Peralihan ini akan memacu permintaan kepada akauntan cekap teknologi dengan pemikiran kritis dan kemahiran mentafsir data,” katanya dalam Majlis Makan Malam Gala MIA sempena ulang tahun ke-50, di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim mencemar merasmikan majlis makan malam tersebut.

Yang turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Institut Akauntan Malaysia, Datuk Mohammad Faiz Azmi.

Sementara itu, bagi membantu ahlinya mengikuti perkembangan terbaharu dalam ruang digital, MIA menaik taraf ahlinya dengan meningkatkan kesedaran melalui artikel, syarahan dan latihan.

“Kami juga telah menubuhkan Pasukan Ekonomi Digital yang mengkaji impak teknologi terhadap kerjaya akauntan di Malaysia dan kami juga membuat persediaan untuk Pelan Tindakan Ekonomi Digital MIA bagi merancang strategi dan panduan pelaksanaan inisiatif digital,” katanya. – UTUSAN ONLINE



READ ALSO  Pelakon Pak Jabit sudah tiada

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.