Pendaftaran PLKN 2.0 dibuka hari ini hingga Isnin








TERKINI

Pendaftaran PLKN 2.0 dibuka hari ini hingga IsninPendaftaran PLKN 2.0 dibuka hari ini hingga Isnin

30/09/2017 2:31pm




SHAH ALAM – Individu berumur bawah 35 tahun yang berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 boleh berbuat demikian dengan hadir dan mendaftarkan diri di kem latihan terdekat bermula hari ini hingga Isnin ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, mereka hanya perlu mematuhi syarat kemasukan mudah antaranya sihat tubuh badan dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

“Selepas lulus semua syarat kelayakan, surat tawaran kemasukan ke PLKN akan dikeluarkan sendiri oleh komanden kem tempat permohonan dibuat* terdapat sebanyak 52 kem latihan PLKN di seluruh negara yang menerima kemasukan secara sukarela ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pergerakan masuk pelatih PLKN 2.0 Kumpulan 3 Siri 14/ 2017 di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Seramai 10,000 pelatih dijangka mengikuti program PLKN 2.0 kumpulan 3 yang bermula hari ini.

Mohmed Asri berkata secara keseluruhan seramai 22,000 pelatih telah menyertai PLKN 2.0 untuk Siri 14/2017. – Bernama







READ ALSO  'Tutup' kepala | Harian Metro

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.