Pencapaian catur negara tetap membanggakan



KUALA LUMPUR 25 Sept. – Biarpun gagal mencapai sasaran lima emas yang ditetapkan namun jurulatih catur negara, Prof. Madya Dr. Nasrul Humaimi Mahmood tetap berpuas hati dengan pencapaian anak-anak buahnya dalam Sukan Para ASEAN 2017 ke-9.



.

Katanya, pencapaian dua tahun lalu turut diambil kira di mana Malaysia hanya memenangi dua perak dan dua gangsa berbanding tahun ini skuad catur negara mengumpul dua emas, dua perak dan dua gangsa.



“Sebenarnya banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh pemain kerana sebelum ini mereka terpaksa bertungkus-lumus untuk mendapatkan dua emas. Lima emas disasarkan bagaimanapun dua pingat yang menjadi sandaran kita dapat perak. Kita tiada rezeki di situ.



“Kali ini kita menghantar pemain baharu dan daripada segi kelemahan, mereka masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kawalan masa. Selepas ini kami perlu mengkaji untuk menghantar mereka ke lebih banyak kejohanan supaya biasa dengan kawalan masa,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.



Skuad catur negara memperoleh dua emas masing-masing dalam kategori individu wanita standard B2&B3 (rabun teruk) dan individu wanita rapid B2&B3 (rabun teruk). Dua perak dimenangi dalam kategori berpasukan wanita standard B2&B3 dan berpasukan wanita rapid B2&B3.



Gangsa diperoleh menerusi kategori berpasukan lelaki standard B2&B3 dan berpasukan lelaki rapid B2&B3.



Bukan mahu mencari alasan namun Nasrul akui Malaysia bukan kuasa besar dalam sukan catur bagaimanapun itu tidak menjadi alasan mereka dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain pada masa depan.



“Realitinya Malaysia bukan kuasa besar dalam sukan ini walaupun dalam kategori normal. Indonesia dan Filipina adalah kuasa besar malah mereka sudah ada Grand Master manakala Malaysia hanya ada International Master.



READ ALSO  Basikal trek tutup tirai sapu semua 12 emas

“Bukan mahu menidakkan keupayaan Malaysia cuma banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu catur di negara ini. Selepas ini saya bersama rakan-rakan akan bergerak ke sekolah pendidikan khas dan mencari bakat baharu dan kami akan mulakan projek itu di Johor,” katanya.
-UTUSAN ONLINE 



Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.