Penagih dadah pukul isteri di pasar tani ditahan








TERKINI

Penagih dadah pukul isteri di pasar tani ditahanPenagih dadah pukul isteri di pasar tani ditahan

28/09/2017 2:50pm

Oleh ZAID MOHD. NOOR


Suspek ditahan pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang penagih dadah sanggup memukul isterinya yang membawa bersama anak lelaki berusia tiga tahun di sebuah pasar tani di sini hari ini dipercayai untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi itu, penagih dadah terbabit bertindak merampas beg tangan isterinya yang berusia 30-an sebelum berlaku pergelutan.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mahadzir Elias berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut kemudian bertindak menahan suspek yang berusia 30-an itu sebelum menghubungi pihak AADK.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan beberapa kali akibat pengaruh dadah.

Malah katanya, suspek yang tinggal di Sungai Layar di sini sebelum ini juga pernah bertindak agresif terhadap isterinya itu.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mahadzir berkata, suspek terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. –







READ ALSO  'Saya sanggup tunggu'

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.