Pembantu pendaftar mahkamah bebas tuduhan rasuah

Hakim Siti Aminah Ghazali melepaskan Mohd Kahar Arshad daripada pertuduhan ke atasnya, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

pembantu-pendaftar-Mahkamah-Syariah-PekanKUANTAN: Seorang pembantu pendaftar Mahkamah Syariah Pekan dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen hari ini daripada pertuduhan menerima rasuah RM3,500 pada 3 tahun lepas.

Hakim Siti Aminah Ghazali melepaskan Mohd Kahar Arshad, 48, daripada pertuduhan ke atasnya setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Kahar sebelum ini didakwa menerima rasuah itu daripada seorang pembantu tadbir Hurul-Ain Hanafi pada jam 4.20 petang, 28 Mei 2014 di Restoran D’Oasis, Jalan Putra Square, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan, wang itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh membatalkan perkahwinan Hurul-Ain, 31, dengan suaminya Mohamad Zaki Ahmad Ghazali, 38, yang bernikah di Aceh, Indonesia dan dikatakan tidak sah selepas sijil pernikahan mereka dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand.

Tertuduh ditangkap pada 28 Ogos 2014, sehari selepas Hurul-Ain membuat laporan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Alif Farhan Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Nizam Che Yassin.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

READ ALSO  Aspirasi TN50 dimasukkan dalam Bajet 2018


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.