Pembangkang tidak hantar nama calon untuk saringan SPRM | Politik

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang mengakui tidak menghantar senarai nama cadangan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mempertikaikan kewajaran untuk menghantar nama berkenaan kepada SPRM, berkata pakatan pembangkang mempunyai cara sendiri untuk menyaring calon parti masing-masing.

“Jika perlu… (akan menyerahkan senarai nama itu) tetapi pada masa ini, saya hanya nak mengatakan siapa SPRM? (untuk membuat saringan berkenaan),” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang menyatakan hanya Barisan Nasional (BN) sudah menyerahkan senarai nama cadangan calon untuk saringan bagi memastikan individu yang bakal diturunkan parti itu pada PRU-14 bebas rasuah.

Semalam, Dzulkifli dilaporkan berkata walaupun tiada keperluan berbuat demikian, usaha BN itu langkah terbaik bagi memastikan calon disenaraikan tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, berkata beliau melihat tiada keperluan untuk parti pembangkang menyerahkan senarai calon untuk disaring bebas rasuah dan salah guna kuasa itu.

Katanya, jika BN menghantar senarai calon itu mungkin kerana menjadi amalan biasa untuk parti berkenaan berbuat demikian.

“Mungkin mereka perlu melalui (proses saringan). Senarai mereka mempunyai masalah. Kami mempunyai saringan dalaman sendiri. Jika perlu, tentu saja kami akan menghantar (senarai kepada SPRM),” katanya.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah mendakwa SPRM melakukan pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang berdasarkan kepada beberapa kes salah guna kuasa dan rasuah ke atas pemimpin politik di negara ini.

READ ALSO  Cari laluan baru konvoi Daish

“Sebelum ini, jika kes membabitkan pemimpin politik kami (pembangkang) cepat saja pendakwaan dibuat. Jadi, kita perlu sedikit waspada dengan SPRM. Adakah ini satu lagi helah politik?,” katanya.

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.