Pemain lega tak jadi ke Pyongyang

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Dua tonggak Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar dan Syamer Kutty Abba mengakui, tindakan Malaysia mengenakan larangan perjalanan ke Korea Utara melegakan skuad bola sepak negara kerana tidak perlu beraksi di Pyongyang dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019, 5 Oktober ini pada ketika keadaan keselamatan di negara itu tidak menentu.

Kelmarin, Kementerian Luar Negeri mengeluarkan arahan sekatan kepada seluruh warganegara Malaysia untuk melawat negara tersebut berkuat kuasa serta merta susulan ketegangan politik di sana.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kemudian mengeluarkan kenyataan, aksi ketiga Kumpulan B itu ditunda buat kali ketiga dan Jawatankuasa Pertandingan bakal bermesyuarat bagi menentukan tarikh baharu serta gelanggang pertemuan kedua-dua pasukan. Namun, aksi menentang Hong Kong pada 10 Oktober ini diteruskan mengikut jadual asal.

“Laporan media antarabangsa telah menimbulkan pelbagai isu di sana (Korea Utara) termasuk mereka menggunakan ujian peluru berpandu dan sudah pasti saya ia menimbulkan rasa takut terutama apabila memikirkan mengenai nasib keluarga atau tidak bertemu dengan mereka lagi sekiranya apa-apa yang berlaku kepada diri saya.

“Syukur, semua rasa takut itu hilang apabila perlawanan tersebut sekali lagi ditunda atas faktor keselamatan dan saya fikir ini adalah keputusan terbaik untuk kesemua pihak memandangkan politik dan bola sepak bukannya satu perkara yang sama,” kata Baddrol.

Syamer Kutty pula memberitahu, aspek keselamatan harus menjadi keutamaan dalam apa jua perkara yang bakal dilakukan.

“Sebagai pemain saya hanya fokus untuk bola sepak dan bagi saya jaminan keselamatan adalah perkara paling penting.

“Seandainya sesuatu situasi itu dilihat merisikokan keselamatan maka lebih baik ditunda demi keselamatan semua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Yayasan EcoWorld sedia dana pendidikan RM6.8 juta | Nasional

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.