Pelancong Korea Selatan ditemukan lemah

BENTONG 23 Sept. – Seorang lelaki warganegara Korea Selatan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu ditemukan dalam keadaan lemah di dalam hutan berhampiran kawasan Japanese Tea di Berjaya Hill Resort di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, Kim Chae Won,71, ditemukan pada pukul 1 petang  oleh Orang Asli yang menyertai operasi mencari dan menyelamat  berkenaan. 

“Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa dengan membuat pengusung daripada kayu dan baju untuk mengangkat mangsa yang ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada pusat operasi sementara di pusat peranginan itu.

“Mangsa yang lemah dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan dan berada dalam keadaan stabil,”katanya di sini.hari ini.

Jumaat lalu,  Chae Won dilaporkan hilang selepas  mengunjungi  kawasan Japanese Tea di Berjaya Hill Resort kira-kira pukul 3 petang. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Menantu pula ditahan katanya | Harian Metro


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.