Pelajar tingkatan empat curi kereta guna ke sekolah

PADANG BESAR 25 Sept. – Perbuatan seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sini yang menggunakan kereta curi untuk ke sekolah pada setiap hari terbongkar apabila akhirnya dia diberkas polis.

Dalam kejadian pada 15 September lalu, suspek memecah masuk sebuah rumah di Kampung Bukit Keteri, Chuping dan mencuri sebuah kereta menggunakan kunci yang ditinggalkan pemiliknya di premis tersebut.

Pemiliknya dikatakan sering tiada di rumah kerana bekerja di Kedah.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias, suspek kemudian menukar nombor pendaftaran kereta Perodua Myvi berwarna putih itu dan menggunakannya untuk ke sekolah.

“Bertindak atas maklumat, suspek berjaya diberkas setelah menggunakan kereta itu untuk tujuan ke sekolah selama seminggu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi pertama kali di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sini hari ini.

Katanya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

Dalam pada itu, Azisman memberitahu, polis daerah tersebut juga telah menahan lapan geng remaja lelaki berusia belasan tahun dan seorang lagi berusia 27 tahun kerana terlibat dalam jenayah curi motosikal dalam beberapa siri tangkapan bermula 21 September lalu.

“Kita percaya dapat menyelesaikan 23 kes curi motosikal di Padang Besar dan sembilan lagi kes di Kangar sejak 2015. Sebahagian besar remaja ini merupakan mereka yang tercicir daripada sekolah.”Dalam hal ini, polis menasihatkan ibu bapa agar mengambil berat tentang anak-anak mereka bagi memastikan tidak terlibat dalam jenayah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Axiata teruskan tajaan ke atas BAM hingga 31 Ogos 2020


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.