Pelajar terbaik SPM 2003 meninggal | Nasional

IPOH: Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003, Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid, yang meninggal dunia semalam, akibat pendarahan otak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya di sini, hari ini.

Dr Ahmad Atiq yang bertugas di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar, meninggal dunia pada usia 31 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), jam 10.10 malam semalam.

Beliau dilaporkan koma sejak Jumaat lalu selepas rebah.

Allahyarham meninggalkan isteri, Dr Mai Shahira Meor Hazizi serta dua anak.

Dr Mai Shahira berkata, suaminya yang mengalami penyakit berkaitan saluran darah dalam otak, mengadu sakit kepala yang teruk pada jam 3 pagi Jumaat lalu.

PELAJAR terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003, Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid

“Dia kemudian mengalami muntah-muntah disusuli matanya tidak dapat melihat sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, Selangor itu muncul pelajar terbaik SPM 2003 selepas memperoleh keputusan 15A.

Graduan Universiti Nottingham, United Kingdom, itu adalah Presiden Pertubuhan Ikram Health Perak dan aktif dalam aktiviti membantu masyarakat.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Perak, Yahanis Yahya, berkata pemergian Dr Ahmad Atiq adalah kehilangan besar kepada IKRAM kerana Allahyarham aktif dalam khidmat masyarakat.

“Arwah juga meminati Bahasa Arab dan tulisan Jawi. Dia sudah bersama IKRAM sejak belajar lagi,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

READ ALSO  Tiada siapa di BNM beritahu - Tun Daim | Kes


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.