Pelajar terbaik SPM 2003 meninggal | Nasional

IPOH: Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003, Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid, yang meninggal dunia semalam, akibat pendarahan otak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya di sini, hari ini.

Dr Ahmad Atiq yang bertugas di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar, meninggal dunia pada usia 31 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), jam 10.10 malam semalam.

Beliau dilaporkan koma sejak Jumaat lalu selepas rebah.

Allahyarham meninggalkan isteri, Dr Mai Shahira Meor Hazizi serta dua anak.

Dr Mai Shahira berkata, suaminya yang mengalami penyakit berkaitan saluran darah dalam otak, mengadu sakit kepala yang teruk pada jam 3 pagi Jumaat lalu.

PELAJAR terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003, Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid

“Dia kemudian mengalami muntah-muntah disusuli matanya tidak dapat melihat sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, Selangor itu muncul pelajar terbaik SPM 2003 selepas memperoleh keputusan 15A.

Graduan Universiti Nottingham, United Kingdom, itu adalah Presiden Pertubuhan Ikram Health Perak dan aktif dalam aktiviti membantu masyarakat.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Perak, Yahanis Yahya, berkata pemergian Dr Ahmad Atiq adalah kehilangan besar kepada IKRAM kerana Allahyarham aktif dalam khidmat masyarakat.

“Arwah juga meminati Bahasa Arab dan tulisan Jawi. Dia sudah bersama IKRAM sejak belajar lagi,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

READ ALSO  Hari Hasanah di PPR Semarak meriah


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.