Pelajar Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan








TERKINI

Pelajar Malaysia maut kemalangan di Sulawesi SelatanPelajar Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan

30/09/2017 12:50pm

Syahirah dan rakannya.

JAKARTA – Seorang pelajar Malaysia, Syahirah Amiruddin, maut dalam satu kemalangan jalan raya di Desa Carima, Kecamatan Kahu, daerah Bone yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Kota Makassar, di Sulawesi Selatan.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi berkata, Syahirah, 22, adalah pelajar jurusan perubatan tahun tiga di Universitas Hasanuddin, Makassar.

Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, Syahirah bersama dua lagi saudaranya menaiki motosikal dan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan untuk bersiar-siar di Pantai Tanjung Bira yang terletak kira-kira 192 kilometer dari Kota Makassar.

Dua adik-beradik mangsa turut terbabit dalam kemalangan iaitu Suria Iskandar, 25, dan Syazwani, 22, dikatakan mengunjungi beliau untuk bercuti bersama.

Mereka dilaporkan mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Dr. Wahidin Sudirohusodo di Makassar. – Bernama







READ ALSO  Sihir punca cerai? | Harian Metro


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.