Pelajar Malaysia maut di Makassar akan dibawa pulang | Kes

KUALA LUMPUR: Jenazah pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universitas Hasanuddin, Makassar yang maut dalam nahas di Sulawesi Selatan itu, akan dibawa pulang untuk dikebumikan di tanah air.

Kakak Allahyarham, Suhaila Amiruddin, 36, berkata keluarga merancang membawa pulang jenazah Syahirah, 22, namun belum pasti bila.

“Buat masa ini, kami hanya menunggu pengesahan bapa saya, Amirrudin Rahmat dan ibu, Bahariah Mohd Shahir serta abang sulung, Suria Kencana yang baru tiba di Makassar.

 

“Mereka belum dapat melihat jenazah serta keadaan dua lagi adik saya, Suria Iskandar dan Syazwani yang dirawat di hospital,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

 

Mengenai keadaan terkini Suria Iskandar, 25, dan Syazwani, 28, Suhaila berkata, pembedahan Syazwani berjalan lancar dan berada dalam keadaan stabil.

 

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan baik, tetapi Syazwani belum sedarkan diri. Suria Iskandar pula beransur pulih dan sudah boleh bercakap,” katanya.

 

Syahirah, 22, menunggang motosikal dengan Syazwani membonceng, manakala Suria Iskandar menunggang sebuah lagi motosikal ketika kejadian berkenaan.

Mereka dilaporkan dalam perjalanan ke Pantai Tanjung Bira yang terletak kira-kira 192 kilometer (km) dari kota Makasar apabila terbabit nahas kira-kira jam 4 petang waktu tempatan itu.

 

Motosikal mereka dipercayai dirempuh sebuah kereta di Desa Carima, daerah Bone yang terletak kira-kira 130km dari Kota Makassar di Sulawesi Selatan.

 

Syazwani dan Suria Iskandar berada di Makassar untuk melawat Syahirah.

 

READ ALSO  Perdana Menteri ziarah jenazah Allahyarhamah Maznah

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.