Pelajar ditemui mati lemas di Kota Bharu








TERKINI

Pelajar ditemui mati lemas di Kota BharuPelajar ditemui mati lemas di Kota Bharu

25/09/2017 11:58pm

Oleh NOR AFIQAH MAT NOR


Pelajar ditemui lepas petang tadi.

KOTA BHARU – Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2 ditemui lemas selepas mandi di sungai berhampiran Jambatan Pasir Tumboh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang, mangsa Mohamad Lokman Hakim Othman, 14, dikatakan terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum tenggelam.

Menurut seorang saksi, Muhammad Saifulnizam Suhaimi, 18, dia yang kebetulan melalui kawasan tersebut tidak dapat membantu berikutan paras air yang dalam.

Jelasnya, dia kemudian meminta bantuan penduduk kampung dengan menarik mangsa menggunakan jala namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.50 petang tadi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. –







READ ALSO  Hujan lebat di Sabah, Sarawak dan Labuan | Nasional

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.