Pelajar diberi cuti khas | Kes

REMBAU: Seramai 37 pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa yang terbabit kejadian kebakaran di asrama mereka awal pagi tadi, dibenarkan cuti khas mulai hari ini.

Pengetuanya, Nor Badrulzaman Nordin, berkata cuti sehingga tempoh tertentu itu diberikan berikutan semua keperluan pelajar itu turut musnah dalam kebakaran, selain bagi memberi ruang untuk siasatan dijalankan.

“Cuti ini hanya diberikan kepada pelajar terbabit sahaja dan mereka juga sudah pulang ke rumah masing-masing pagi tadi,” katanya ketika ditemui di asrama perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa di Kampung Nerasau, Kota, di sini, hari ini.

Kira-kira jam 1.40 pagi tadi, asrama perempuan sementara Sekolah Tinggi Islam As Sofa yang menempatkan seramai 37 pelajar berusia 13 sehingga 17 tahun, terbakar.

Asrama itu terletak kira-kira dua kilometer dari Sekolah Tinggi Islam As Sofa dan asrama pelajar lelaki yang terletak di Chengkau di sini.

Mengenai kebakaran itu, Nor Badrulzaman berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.45 pagi, selepas dimaklumkan oleh warden.

Katanya, dua warden, dua kakitangan dan dua pengawal keselamatan yang berada di kawasan asrama itu turut membantu memadamkan kebakaran menggunakan tiga alat pemadam api sementara menunggu ketibaan bomba, tetapi gagal kerana api merebak dengan cepat.

“Syukur tiada kemalangan jiwa membabitkan pelajar. Cuma terdapat tiga pelajar yang menghidap asma dan mengalami sesak nafas, tetapi selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tampin mereka dibenarkan pulang,” katanya.

Beliau berkata, asrama perempuan sementara itu dibina pada tahun 2014 dan mampu memuatkan seramai 40 pelajar, manakala surau dan dewan yang terletak di belakang asrama itu, dibina pada tahun 1997.

“Ini hanya asrama sementara pelajar wanita kerana asrama kekal iaitu di kawasan sekolah, kini dalam proses pembinaan,” katanya.

READ ALSO  Liow denies Malaysia ‘colonised’ by China


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.