Pelajar cuba bunuh diri selepas dirogol datuk tiri | Kes

SRI AMAN:  Cubaan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua asrama sekolahnya di sini, kira-kira jam 2.50 pagi, 21 September lalu membongkar rahsia dirinya yang dipercayai menjadi mangsa rogol datuk tirinya.

Perbuatan datuk tirinya yang berusia 54 tahun itu diketahui selepas pihak Hospital Sri Aman mengesan pelajar terbabit sedang hamil lima minggu ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, polis yang menjalankan siasatan awal bagaimanapun tidak dapat menentukan punca pelajar terbabit cuba membunuh diri serta gagal mengesan siapa bapa bayi yang dikandungnya.

Berikutan itu, Rabu lalu pegawai sosial perubatan Hospital Sri Aman menemubual pelajar terbabit dan akhirnya dia mendedahkan perkara sebenar.

“Mangsa mendedahkan bahawa dia dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali dalam bulan Ogos lalu.

“Selepas mendengar pengakuan mengejutkan itu, pegawai sosial perubatan terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis selepas itu mendapati kejadian pertama berlaku pada awal bulan Ogos selepas datuk tirinya mengambil mangsa dari asrama untuk membawanya pulang ke rumah pada hujung minggu.

Difahamkan, dalam perjalanan pulang, suspek membawa mangsa ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit dan merogolnya.

“Kejadian kedua pula berlaku kira-kira seminggu kemudian di sebuah rumah panjang di Sembayang, Sri Aman apabila mangsa dirogol di ruang tamu ketika ahli keluarga lain sedang tidur,” katanya.

Dev berjata, selepas siasatan awal itu, kira-kira jam 11 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Sri Aman menjejaki suspek di sebuah pondok di sawah padi miliknya di Sembayang.

READ ALSO  'Kami rancang sambut hari kelahiran bersama' | Kes

“Ketika anggota polis tiba di pondok itu, suspek ditemui terbaring di atas tanah di belakang pondok dengan mulut berbuih dan dalam keadaan separuh sedar. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan polis.

“Bagaimanapun, pada jam 5 pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai petani disahkan meninggal dunia di Hospital Sri Aman,” katanya.

Katanya, siasatan awal polis dan pihak hospital mendapati suspek membunuh diri dengan meminum racun serangga perosak.

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.